DAFTAR IBADAH QURBAN - KEMBOJA

QURBAN KEMBOJA
RM247,190 of RM550,000 raised
RM 350.00
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Donation Total: RM350.00

AKAD PENYERAHAN QURBAN

“Saya nama di bawah mewakilkan perlaksanaan qurban pada tahun ini sebanyak __ bahagian lembu / __ kambing, bernilai RM ___ kepada Diniah Alamiah Sdn. Bhd. seperti nama-nama di bawah untuk pengurusan ibadah tersebut”

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

IBADAH QURBAN

Program Ibadah Qurban ini bertujuan untuk membantu merialisasikan impian masyarakat untuk melaksanakan korban dan aqiqah dengan harga yang murah dan dipercayai.

TENTANG PROGRAM

Program korban dan aqiqah merupakan salah satu program yang lazimnya dijalankan oleh Pertubuhan Ad Diniah terutamanya di negara Kemboja. Disebabkan oleh sebilangan besar rakyat Kemboja tergolong daripada fuqara’ wal masakin yakni fakir dan miskin, kami memilih untuk melakukan ibadah Aqiqah di sana.

Ibadah korban telah disyariatkan oleh Allah SWT bagi mengenang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS terhadap anaknya Nabi Ismail AS. Bergitu juga dengan tujuan aqiqah ini adalah untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas nikmat kelahiran zuriat melalui cara penyembelihan haiwan ternakan dan hasil daripada penyembelihan tersebut diagihkan kepada umat islam yang fakir miskin.

Saidatina Aisyah RA berkata,

“Sesungguhnya haiwan korban untuk aqiqah itu tidak dipatah-patahkan di bahagian tulangnya, ia juga adalah untuk dimakan oleh kita dan diberi makan (kepada fakir miskin).” (Ibn Abi Shaybah)

Maka sesuailah dengan usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah dalam melakukan ibadah korban dan Aqiqah di tanah yang mempunyai ribuan golongan umat islam fakir miskin agar mereka dapat sama-sama merasai kenikmatan daging yang boleh dikatakan amat susah sekali untuk dijumpai di sana. Bukanlah kerana sukar mendapatkan sumber haiwan ternakan tersebut yang menjadi penghalang kepada mereka, namun kekurangan wang ringgit dan hidup yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu membuatkan mereka hanya mampu menikmati daging setahun sekali sahaja.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah ada menyediakan perkhidmatan ibadah korban dan aqiqah dengan harga yang amat berpatutan. Dengan hanya RM 700 untuk seekor kambing dan RM 400 bagi satu bahagian seekor lembu, masyarakat di luar sana sudah boleh melakukan ibadah korban dan aqiqah ini. Apa yang paling menarik ialah, melalui aktiviti ibadah korban dan aqiqah yang telah dijalankan bersama-sama masyarakat muslim di sana, kita dapat lihat jelas terpancar riak wajah kegembiraan mereka, tidak cukup untuk dizahirkan melalui lisan. Segala puji Bagi Allah yang memberi rezeki kepada HambaNya.

Akhir kata, kami berharap agar masyarakat-masyarakat diluar sana teruskan memberi sumbangan agar dapat kita sama-sama merealisasikan impian masyarakat-masyarakat islam di luar sana yang masih belum mampu untuk menjalani kehidupan mereka dengan baik.

MAKLUMAT BANTUAN

Sasaran : RM50,000 per-month/ RM600,000 setahun
Sasaran pendaftar : 100,000 orang pendaftar / setahun

KEMBOJA (LEMBU)

1 bahagian : RM400

1 ekor : RM2,800 (7 bahagian)

KEMBOJA (KAMBING)

1 ekor : RM700

Untuk mendaftar, tekan klik butang “Sertai Sekarang”
Atau bank in ke akaun Diniah Alamiah Sdn. Bhd. berikut :

Maybank 564856313620
(DINIAH ALAMIAH SDN BHD)

Reference : Ibadah Qurban Kemboja

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi online banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Billplz”.
Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan “Payment Gateway” yang digunakan oleh Diniah Alamiah Sdn. Bhd.