DAFTAR WAQAF PAM AIR

RM14,700 of RM2 million raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Donation Total: RM200.00

AKAD WAQAF

Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah;

“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan Pam Air buat saudara Muslim di Kemboja yang dikelola oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah”

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.

(P/S: Pastikan anda lengkapkan maklumat seperti nama pewakaf (untuk ditulis di plat pam air) dan alamat bagi memudahkan penghantaran sijil)

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

PROGRAM WAQAF PAM AIR

Program Waqaf Pam Air ini bertujuan untuk membantu masyarakat Muslim di bumi Kemboja bertujuan mendapatkan sumber air yang bersih untuk kehidupan seharian.

TENTANG PROGRAM

Untuk pengetahuan anda, Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah telah melaksanakan program Wakaf Pam Air di Kemboja ini sejak tahun 2017 lagi. Hal ini bertujuan untuk membantu saudara-saudara Muslim di sana yang hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi. Sehingga kini, kita telah Berjaya membina lebih kurang 10,000 unit pam air di setiap perkampungan Islam di sana.

Berdasarkan tinjauan kami di sana, keadaan mereka yang dhaif itu telah menjadikan mereka bekerja dengan lebih tenaga untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Apa yang menyentuh hati ialah, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu seperti panas berpanjangan dan ribut yang melanda, mereka masih membanting tulang empat kerat untuk menggali perigi atau berjalan sejauh lebih kurang satu hingga ke dua Kilometer semata-mata untuk mendapatkan sumber bekalan air yang bersih. Ada waktu mereka hanya bergantung kepada tadahan air hujan sahaja untuk digunakan sebagai bekalan bagi menjalani kehidupan harian mereka.

Tambahan lagi, golongan-golongan umur yang berusaha untuk mendapatkan air itu bukanlah terdiri daripada warga muda, namun majoritinya adalah dikalangan warga emas yang jika dilihat pada rupa dan kudratnya itu, seharusnya mereka tidak layak untuk melakukan kerja-kerja sebegitu rupa. Jika di Malaysia, warga-warga emas ini dapat menikmati hari-hari tua mereka dengan penuh kesenangan, namun tidak bagi mereka di sana. Mereka terpaksa hidup berdikari tanpa bantuan ahli keluarga disisi.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah mengambil inisiatif untuk merialisasikan impian dan harapan mereka dengan menganjurkan program Wakaf Pam Air Kemboja. Melalui program ini, masyarakat di luar sana yang ingin membantu bolehlah melakukan sumbangan atau berwakaf dengan harga serendah RM 200 bagi satu penama dan RM 2000 bagi satu unit pam air.

Sebagai menghargai usaha setiap penyumbang yang telah menggunakan perkhidmatan Ad Diniah, mereka akan diberikan sijil, resit rasmi serta Kitab Korban dan Aqiqah. Apa yang menariknya lagi, kitab tersebut merupakan kitab yang dikarang khas oleh penaung Ad Diniah sendiri iaitu Ustaz Zakaria Awang Al-Ahmadi. Selain itu, bukti pembinaan seperti gambar dan video proses pembinaan juga turut disediakan kepada para pewakaf yang berwakaf bersama kami.

Bersesuaian dengan motto Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah iaitu “Buat baik berterusan, membawa manfaat”, dengan berlangsungnya program ini, ia telah memberikan manfaat kepada ribuan umat Islam minoriti di sana. Kini, mereka dapat melaksanakan amal ibadah dengan lebih sempurna. Ini juga dapat meringankan sedikit bebanan mereka dalam mencari sumber bekalan air yang bersih. Mereka tidak perlu lagi meredah panas dan hujan serta menggali perigi untuk mendapatkannya.

MAKLUMAT BANTUAN

Sasaran : RM50,000 per-month/ RM600,000 setahun
Sasaran penderma : 100,000 orang penderma / setahun

HARGA WAQAF PAM AIR DAN SOLAR TERKINI 2022 (KEMBOJA)

1 unit pam air : RM2000 (untuk 10 nama)

1 penama : RM200 atau sumbangan seikhlas hati

Untuk mendaftar, tekan klik butang “Sertai Sekarang”
Atau bank in ke akaun Diniah Alamiah Sdn. Bhd. berikut :

Maybank 564856313620
(DINIAH ALAMIAH SDN BHD)

Reference : Waqaf Pam Air


*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi online banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Billplz”.
Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan “Payment Gateway” yang digunakan oleh Diniah Alamiah Sdn. Bhd.

HARAPAN KAMI

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita di akhirat nanti.